Assalamualaikum kakak GRF dan kawan-kawan yang dikasihi sekalian..
Sudut komen-mengomen? ? hurmmm nak komen jap hehe :P
Kali ni saya dapat tugasan untuk memberi sedikit komen tentang kursus BBK3408 iaitu Kesusasteraan Dalam Multimedia yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar yang mengambil Bacelor Kesusasteraan Melayu. Kursus ini ada dua bahagian. Yang pertama kelas harian yang diajar oleh Prof. Madya Dr. Arba'ie bin Sujud manakala bahagian yang kedua ialah Makmal yang dikendalikan oleh kakak-kakak tutor yang baik dan comel.
Pertama sekali, saya nak komen tentang kelas yang diajar oleh pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Arba'ie bin Sujud. Kelas ni seperti kelas lepas yang diajar oleh Prof. Madya Dr. Arba'ie dimana cara Dr. Arba'ie mengendalikan kelas ini sangat baik dan saya mudah memahami setiap isi pengajarannya kerana beliau memberi penjelasan secara terang dan jelas. Tambahan lagi, beliau banyak menyelitkan unsur-unsur jenaka semasa pengajaran beliau dan ini membuatkan kelas ini tidak membosankan. Banyak ilmu, mesej dan pengajaran yang berguna dapat saya kutip dalam kelas ini.
Kedua, kelas tutorial. Kelas ni yang paling saya suka sebab ada kakak-kakak yang comel. eh ?? haha :P
Sebenarnya kelas tutorial ni menarik kerana kami diajar menggunakan perisian baru seperti, Movie Maker, Power Point, Adobe Photoshop, cara nak buat Blog, weebly dan sebagainya. Selain itu, kakak tutor pun sangat baik dan tidak kedekut berkongsi idea dan ilmu. Setiap kali kami berhadapan dengan masalah, akak tutor tidak jemu untuk melayan karenah kami. hehehe :) Secara tidak langsung, kami mudah faham dan dapat mengaplikasikan setiap ilmu yang diajar oleh tutor iaitu Kak Wani dan Kak Intan. Bagi kawan-kawan dalam kelas tutorial ini pula, mereka sangat gempak.Hehe :P.. Akhir sekali, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr Arba'ie bin Sujud selaku pensyarah, penasihat dan pembimbing, Tutor iaitu Kak Wani dan Kak Intan serta kawan-kawan yang dikasihi yang banyak membantu, berkonsi ilmu dan pandangan. Sekian.
No comments:
Post a Comment